Assalamualaikum ..
JOM SELIDIK !! XD
MEMICIT ATAU MEMEGANG HIDUNG
Seseorang yg tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yg dilakukan.Seorang yg pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yg benar-benar dipercayai. Dari segi perbelanjaan, mereka ini sebenarnya sangat bersita rasa tinggi dan juga boros. Tak pandai berjimat dan terlalu mengikut rasa.
MELETAK TANGAN PADA BAHU KAWAN
Bagaimana pula dgn mereka ini? mereka seorang yg degil dan suka ikut kepala sendiri. Boleh dikatakan seorang yg pentingkan diri sendiri. Tetapi, mereka adalah teman yg sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yg dihadapi oleh teman-teman lain. Si dia ini juga seorang yg suka membantu dan mudah utk berurusan dgn mereka.
BERMAIN DENGAN JARI-JARINYA
Bagi mereka ini pula, mereka mempunyai tahap humor yg tinggi. pandai berjenaka rupanya. Sikap yg boleh dipuji adalah mereka seorang yg bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa mengambil hati. Namun, mereka ini seorang yg lambat menerima arahan dan sambil lewa. Bukan jenis lipas kudunglah.Tetapi, mereka sangat baik dan rajin.
MEMATAHKAN JARI JEMARINYA
Duduk dgn mereka, mereka sering mematahkan jari-jari dan bermacam-macam bunyi yg keluar. Bagaimana dgn mereka ini ?
mereka sebenarnye seorang yg gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain. Kurang keyakinan diri adalah masalah utama apabila mereka berhadapan dengan org lain. Namun, mereka seorang yg adil, baik hati dan sedia membantu sesiapa sahaja.
MENGGIGIT KUKU
Ouch ! ini adalah tabiat sesetengah orang. Pantang dibiarkan, habis kuku digigitnya. Nasib baik kuku tangan. Mereka seorang yg kelam kabut. Tidak pandai menguruskan masa dan sering pelupa adalah masalah utama mereka. Selain itu, mereka sering dilihat gugup dan gementar apabila berbicara. Mereka juga agak perahsia orangnya.
BERMAIN DENGAN RAMBUT DAN MEMINTAL HUJUNG RAMBUT
Jari asyik bermain dgn rambut sahaja. Mereka ini sebenarnya seorang yg suka berkhayal. Selain itu, mereka ini sebenarnye jenis yg meminta-minta. Apabila permintaan tidak dipenuhi, mulalah nak merajuk. Selain itu, disebalik sikap berkhayal mereka, mereka ini sebenarnya sukar utk dipengaruhi. Mereka ada pendirian yg tetap dan keras kepala juga.
MENONGKAT DAGU
Siapa sangka si penongkat dagu ini adalah seorang pendengar yg setia jgn risau kerana rahsia akan selamat ditangannya. Mereka suka mendengar masalah teman-teman dan sangat setia dlm persahabatan. Namun,mereka ini jenis cepat bosan dgn sesuatu dan agak kedekut sedikit. Mungkin juga mereka seorang yg berjimat-cermat.
SUKA LETAKKAN TANGAN ATAS MEJA
Hmm, mereka ini sebenarnya seorang yg 'happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri dgn keadaan. Mereka seorang yg 'cool' dan jarang sekali nampak mereka panas baran atau pemarah. Mereka amat disenangi ramai dan seorang yg peramah. Namun, mereka agk suka bergantung pd org lain dan tidak pandai berdikari.
MENGGOSOK-GOSOK TELAPAK TANGAN
Ramah dan berfikiran matang ! itulah diri mereka yg sebenar.Mereka seorang yg berterus-terang dan tidak suka berbohong. Apa sahaja yg mereka rasa tidak betul, mereka akan luahkan dan tidak sesekali mahu memendam atau berselindung. Mereka juga seorang yg mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu. Sikap prihatin juga adalah sebahagian daripada mereka.
MEMUTAR CINCIN
Sangat menepati janji ! jangan sesekali mahu mengingkari janji dgn mereka kerana kamu mungkin akan dimarahi. Mereka sorang yg suka cakap lepas dan jarang memikirkan perasaan org lain. Mereka juga menggemari hidup yg teratur. Mereka juga seorang yg tegas namun mereka mudah utk dipujuk dan cepat lembut hatinya. Mereka tidak suka org yg bercakap putar balik dan juga pembohong.
MINTAK GAMBAR KAT ATUK GOOGLE ! :P
SUMBER : REMAJA 15MEI 2011
KORANG KATEGORI YG MANE YE ??
;D
---> kalau ade jenis laki yg kategori jari tangan ke lengan ke yg agak agak mcm nak merayau rayau tuh .. len macam je tuh .. korang yg pmpuan pmpuan aku sarankan korg sedia kan kayu besball sebatang lahhh... sentuh je sikit kat kulit korg tuh.. HENTAM sedas dua ke .. haaaa ... * SEBAGAI PENGAJARAN OKEH ! jgn nak GATAL SANGAT ! JANGAN NAK BERANI BERANI AMBIK KESEMPATAN ! ooooo ... biase ye ! *
SEBAGAI LANGKAH PENCEGAHAN :D