tan tin tan tin

tan tin tan tin
Setiap Cerita ..Setiap Coretan .. Setiap Idea .. Setiap Luahan .. Setiap Lontaran .. Setiap Ilmu .. Setiap Maklumat .. Kita Berkongsi Bersama Di Sini :D

Saturday, July 2, 2011

:: Warna Kurang Menarik ::

Assalamualaikum..
Tepat jam 11.11am hari ahad .. lepas je aku breakfast .. aku terus mengadap lappy aku untuk mengupdate entry terbaru neh .. sambil layan kerenah si hensem fath ( adik sepupu aku ) hehe ... tersenyum sorg2 aku ... comel je ! :D dgn melayan ngantuk tak cukup tidur nye malam tadi .. dengan baru nak lelap lena da ade yang kacau ( henset memekak pulak ) ! heh ! tak nikmat betol tidur aku ..
okeh entry awal pagi tadi aku ade sebut pasal warna - warna kesukaan nabi muhammad s.a.w kan ? kali neh aku nak tulis entry pasal warna kurang menarik .. so , jom kita baca dan ketahui maksud disebalik warna yang kurang menarik neh :)

Selain warna - warna pakaian yang sunat atau harus dipakai, terdapat warna yang makruh dan tidak digalakkan memakainya berdasarkan keterangan hadis seperti dikemukakan di bawah ini.
WARNA BERBUNGA - BUNGA

Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Umar r.a, katanya : " Suatu ketika apabila Nabi s.a.w melihat di ata badanku ada dua baju berbunga - bunga ( bunga ghafar merah ) lalu bersabda, maksudnya : " Ini (warna) pakaian orang bukan Islam, jangan kamu memakainya. " Warna merah bunga ghafar ialah warna merah menyala ( terang ).

WARNA KUNING

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali k.w katanya : " Nabi s.a.w telah melarang aku memakai sutera yang diimport dari Syam 
( Syria ) dan Mesir yang bernama al qassi dan melarang juga aku memakai kain yang bercelup warna kuning ". 
-( Riwayat at TArmizi )
Imam An Nawani dalam Syarah Muslim, berkata : " Bersalah - salahan pendapat (khilaf) para ulama tentang masalah warna celupan kuning. Jumhur ulama daripada para Sahabat dan Tabi'in dan yang kemudian daripada mereka, termasuk imam - imam mazhab (Syafi'i, Hambali dan Maliki) berpendapat harus memakainya. Akan tetapi, kata mereka, selain daripada kuning adalah lebih afdhal dipakai ( celupan kuning tidak digalakkan " ).
Menurut salah satu jemaah ulama, makruh (dilarang) berpakain celupan kuning. Makruh itu adalah makruh tanziah (bertujuan membersih diri daripada kekejian).

Keterangan hadis - hadis di atas menunjukkan beberapa warna yang amat disukai oleh Nabi s.a.w, ada warna yang cuma dipakai sekali - sekala dan ada yang dilarang memakainya. Ini menunjukkan ada warna - warna tertentu yang menarik terapi dan aura yang baik, ada yang kurang baik dan ada yang tidak baik. 
p/s : ooo .. baru aku tau yang Nabi s.a.w tak suka warna merah terang lah dengan warna kuning.. -_-"
warna kuning memang aku tak berapa minat warna merah tuh .... err err .. aku ade jugak pakai baju warna merah .. ngeeee :P 
takpe2 pape pon kita da tau da warna - warna yang tak menarik neh warna ape kan? :) 

tadi hampir2 aku nak menangis ... huuu .. bila aku dok taip2 si fath hensem neh terCLOSE tab sebab die p dok main mouse aku haaa... wahhh! .. tkpe2... aku pegi peluk dia kuat2 tak kasik lepas baru aku bukak balik ... HAHA.. aku tau entry neh mesti ade lagi tapi kat dalam draft lahh ... :) hehe ... macam macam betol 

SELAMAT MEMBACA YE :)



:: Warna - Warna Kesukaan Nabi Muhammad S.A.W ::

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum sume ! setelah berapa bulan tidak mengupdate entry..baru hari neh lahh nak mengupdate entry terbaru tepat jam 12.13am.. hari ahad 3 july 2011 .. :)

okehlahh .. berdasarkan tajuk entry kat atas tuh kan .. mesti korang pon ade jgk warna2 kesukaan korang .. so, kat sini nabi kita Muhammad S.A.W pon ade warna2 kegemaran nye.. okeh.. aku akan listkan mengikut turutan lahh antara warna2 dan kelebihan yg ade dgn warna tersebut yg baginda minat :) selamat membaca okeh !
Nabi Muhammad S.A.W sendiri, selain memakai pakaian pelbagai warna, beliau mempunyai minat dan kesukaan tersendiri kepada warna-warna tertentu. Di antara warna-warna pakaian yang menjadi kegemaran Nabi S.A.W ialah putih dan hijau.Terdapat juga keterangan bahawa Nabi S.A.W pernah memakai pakaian berwarna hitam , merah hati (pink) , kelabu dan warna bercampur-campur. 

PUTIH

Mengenai warna putih, al-Nasa'i dan al-Hakim meriwayatkan Hadis daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya : " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.."
Dari Ibnu Majah bahawa Nabi S.A.W bersabda, maksudnya : 
" Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih " .

WARNA HIJAU

Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan al-Tarmizi meriwayatkan hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah) : " Aku telah melihat Rasulullah S.A.W memakai dua baju berwarna hijau " 
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Akhbar memetik kenyataan salah seorang Sahabat Nabi S.A.W telah berkata : " Pada hati raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau afdhal daripada lain2 warna sesudah putih " .

WARNA HITAM

Mengenai warna hitam, terdapat keterangan hadis riwayat Iman al-Tarmizi dari sahabat Jabir bin Abdullah r.a katanya : " Telah masuk Nabi S.A.W ke negeri Makkah pada hari kemenangan menawan Makkah (Futuh al-Makkiah), aku melihat ia berserban hitam " -(Bahrul mazi - juz 12).
muslim,Abu Daud dan al-Nasa'imeriwayatkan Hadis daripada Amir bin Hurais r.a yang berkata : " Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam..."
Ibnu Ady meriwayatkan daripad Jabir r.a yang berkata : " Aku pernah melihat Nabi S.A.W berserban hitam yang dipakainya pada hari raya " .

WARNA MERAH HATI

Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasa'i dari Abu Rimsah r.a katanya : " Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah di baghalnya di Mina, sedangkan beliau berpakaian warna merah hati buatan Yaman ".
Al-Baihaqi meriwayatkan hadis dari jabir r.a katanya : " Pernah Rasulullah s.a.w berpsksin bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat ".
Dari mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian al-Sauri dari 'Auni Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, kata bapanya : " Aku melihat nabi s.a.w memakai pakaian berwarna merah ( merah hati ), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua betisnya 
( kerana indah dan berseri )" - ( Riwayat bukhari ).
Dari Ali bin Khasyram dari isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq dari al-Bara bin Azib r.a menceritakan : " Tiada seorang pun yang pernah aku lihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah dan serasi warnanya daripada Rasulullah s.a.w.".

WARNA KELABU

Al-Tarmizi meriwayatkan Hadis daripada Ibnu r.a yang berkata : " Pernah (tidak selalu) Nabi s.a.w berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu ".
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dia berkata : " Pernah Nabi s.a.w keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu ".

WARNA BERCAMPUR-CAMPUR

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a, beliau 
(Anas r.a) pernah melihat : " Nabi s.a.w menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak (pelbagai) warnanya ".
Dari Muhammad Basyar dari Abdur rahman bin mahdi dari Ubaidullah bin Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a katanya : " Aku melihat Nabi s.a.w memakai dua helai kain berwarna hijau bergaris-garis ".

Demikianlah sebahagian riwayat menerangkan warna-warna pakaian yang pernah dipakai oleh Nabi s.a.w. Tetapi yang sering kelihatan Baginda s.a.w. pakai ialah pakaian yang berwarna putih. Warna putih ialah warna yang amat digemari oleh Baginda s.a.w.
p/s : so ? korang korang agak2 warna kegemaran korang ade tak termasuk dlm list yg kat atas tuh ? :) 
aku paling suka warna HITAM sebab bagi aku hitam itu simple ;) 

SELAMAT MEMBACA YE !