tan tin tan tin

tan tin tan tin
Setiap Cerita ..Setiap Coretan .. Setiap Idea .. Setiap Luahan .. Setiap Lontaran .. Setiap Ilmu .. Setiap Maklumat .. Kita Berkongsi Bersama Di Sini :D

Wednesday, November 2, 2011

:: PELIK MEMANG PELIK TAPI TAK PAYAH PELIK SANGAT LAH ::

Assalamualaikum ..

mendung mendung macam neh memang sedap kalau dapat tidur .. tapi aku tak bole nak tidur .. =_="

bosan bosan update lahh entry baru neh .. saje nak share share gambar2 yg aku baru jumpe tadi kat KAMPUNG GOOGLE ..
nak kata pelik tuh memang lahh nampak pelik TAPI tuh lahhh .. 
kejadian tuh mcm2.. sedangkan yg sempurna pon dok sebok nak dimodified lagi lahh yg semula jadi da kejadiannye mmg macam tuh .. :)

pape pon enjoy lahh eh dgn gambor gambor neh .. TAPI INGAT !
pada wanita wanita yang sedang mengandung dinasihatkan jangan tengok lahh gambar2 neh .. takut terkenan pulak kat baby dalam perut tuh .. ape pon semua tuh kuasa ditangan Allah .. kita mintak dijauhkan lahh drpd sebarang kemungkinan .. Insyaallah :)


* kesian kan ? =_=*


* neh da KES KEJAM neh ! =_=*


**MEMANG TEBIAT =_=*


* kalau ye pon NAK BUKTIKAN CINTA tuhhh jangan lahhh sampai mcm tuh sekali =_= *


* NGERI aku tengok ! kanak kanak bawah umur jangan TIRU AKSI BONGEK neh ! tq *


* MasyaAllah .. =_=" *



* TAK RELA aku nak pakai kasut rupo mcm neh T_T *


* kesian baby ney ... ZALIM nye lahh mak bapak budak neh .. ade ke buat mcm neh kat anak nye =_=" *


p/s: setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya :D 

Monday, October 31, 2011

:: Aidiladha Kembali Lagi :D ::

Assalamualaikum .. 

hai hai hai pembaca penyinggah pelalu penjenguk blog ku sekalian :D
sebelum aku nak solat zuhur neh .. aku nak update sikit entry .. sbb da brape hari aku tak godek entry .. :P MALAS ! 

entry kali neh nak citer pasal kelebihan kelebihan berkorban daripada sunnah Rasulullah S.A.W .. :)

memandangkan kita tak lame lagi akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ahad neh bersamaan dengan 10 Zulhijjah ..jadi tergerak pulak nak share pasal kelebihan berkorban pada hari raya aidiladha neh :)

7 kelebihan membuat korban 

  • Beramal pada sebaik baik hari.. 
  • Korban dijadikan sedekah terbaik..
  • Korban dijadikan makanan anak anak yatim ..
  • Korban dijadikan makanan anak anak miskin.. 
  • Korban memerlukan keperluan umat Islam setempat..
  • Manfaat korban berterusan..
  • Membuka pintu rezeki..


Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 : 


Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu". 


 p/s : Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ! :D 
tengok atok bawak balik kepala lembu ! best neh ! :P)

Friday, October 28, 2011

:: Kelim Tepi Karipap Adalah Kegemaran Aku ::

Assalamualaikum ... 

Hai hai semua :D pukul 2 stgh neh aku da dok menghadap lappy utk menconteng conteng entry baru lahh .. aku nak citer pasal ape ha ?? 

hmmm ... petang petang mcm neh dpt makan karipap panas memang BEST lahhh wokkk !! :D nak nak pulak karipap tuh besor besor then baru lepas goreng panas panas lagi ... fuhhh !!:)

citer pasal karipap neh .. baru je pagi tadi aku dgn mak aku dok buat karipap utk breakfast .. style mak aku bt karipap neh suke sgt buat besor besor .. bila da makan seketol terus kenyang .. 
-_-"
haish ! aku neh suke makan karipap yg comel comel :) baru bole makan bebanyak :P ngeeee

tugas aku cume isikan inti karipap then kelimkan tepi karipap tuh :D dulu mmg aku tak reti nak kelim tapi bila da try try try sampai lahh boleh kelim sendiri .. biase lahh mase 1st2 kelim tuh bila digoreng karipap nye terbukak .. HAHAHAHAHA :D 
* sah sah kena bahan dengan mak T_T * 

tapi aku tak heran da .. lame lame da tak terbukak daa .. 

time inti dimasukkan kat tepung yg dilenyek tuh .. aku tak bole nak snap pic lerr pulak .. tgn da penuh minyak haaa .. nak mintak tlg adik aku .. dorg dok sebok tgok bini2 ku gengster haaa -_-
sabor je lahhh .. 

hehe .. suke tengok bile aku da berjaya kelim karipap mcm neh .. taraaaaa !



 * ngeh ngeh ngeh ! :P *

da siap kelim kelim kumpul kumpul da banyak macam neh .. teng teng !


* da macam bentuk bulan sabit pulak .. :P *

da kumpul bebanyak karipap nye .. ape lagi ! goreng lahhh ! :)


* muaHAHAHA .. kena goreng sudaa :P *


da siap goreng ape lagi .. angkat biarkan sejuk kojap .. dan akhirnye makan lahhh !! :D


* kalau berniaga neh .. mesti masyukkkkk :D * 

abeh sudaaaaa :P 


p/s : siap settlekan karipap .. joint tengok bini2 ku gengster .. mak aihhhh ...elok lahh tuh tak pepasal dapat keluarga gengster .. keturunan sume gengster2 T_T .. * aku tau aku da ketinggalan tengok citer neh .. ape aku pedulik.. lantak aku lahh .. HAHA :D *

Tuesday, October 25, 2011

:: Adab Minum Air Mengikut Sunnah Rasulullah ::

Assalamualaikum .. 

Bosan bosan ptg neh .. tak tau ape nak buat .. nak tido tk rase nk tido .. nak minum tak bole nak makan minum .. pose XD huhu

eh ? cite pasal minum neh .. korang kalau minum style ape yg korg buat haaa .... mksd nye minum gogok mcm tuh ke or slow2 ?? :)


ahaaaa ? kat sini aku nak share lahhh kan
adab minum air mengikut sunnah nabi kita Muhammad S.A.W :)

  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah bismillah sebelum minum.
  • Minum air dengan 3 nafas.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Semasa meneguk air jangan bernafas ke dalam bekas air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum ( pada setiap pernafasan ) bacalah alhamdulillah.
  • Jika tidak ade tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Minum daripada baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapatkan berkat.
  • Ada petua yang menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
  • Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja kerja berat.




setiap amalan sunnah itu tersembunyi seribu satu hikmah dan keberkatan :D insyaAllah 



p/s : seronok jugak dapat pekena horlicks ais time buka pose petang nanti .. 
* ok! tetiba * 

Monday, October 24, 2011

:: Steve Jobs Boleh Bertukar Menjadi Kejam ::

Assalamualaikum ... 

Alhamdulillah .. aku masih diizinkan lagi untuk mengodek godek blog ringkas aku .. 
kali neh nak citer pasal ape eh ?
okeh ! cter neh mungkin dapat menarik perhatian penggemar iPhone iPad atau sng citer gadget paling popular keluaran APPLE lahh kan ..

dalam tajuk atas tuh .. kate nye Steve Jobs akan berubah menjadi kejam ? pehal pulak kan ? 

neh citernye :)

Pengasas bersama firma Apple Corp. mendiang steve jobs boleh bertukar menjadi kejam, menjengkelkan dan bersikap acuh tak acuh terhadap rakan sekerja dalam usahanya memburu kesempurnaan.
kata penulis biografinya, Walter Isaacson.

" Beliau bukan seorang yang peramah dan mesra," kata Isaacson dalam satu wawancara dalam program temu bual bicara terbitan stesen televisyen CBS 60 Minutes.

Buku biografi itu yang berjudul Steve Jobs karya Isaacson itu mula dijual di kedai kedai buku di AS semalam.
" Beliau ialah seorang yang amat perengus," kata Isaacson ketika bercerita tentang Jobs yang meninggal dunia ketika berusia 56 tahun pada 5 oktober lalu akibat komplikasi penyakit kanser yang dihidapinya.

" Dia boleh bersikap kejam terhadap orang lain," ujarnya.
" Sama ada kepada seorang pelayan di restoran atau pekerja yang berjaga sepanjang malam untuk menyelesaikan tugasnya, Jobs akan pergi kepada mereka dan berkata, semua yang anda lakukan silap. Kerja anda teruk sekali.Dan anda pula berkata mengapa awak berkelakuan sebegitu, mengapa awak tidak boleh bersikap lebih baik? Dan dia (Jobs) memberitahu : " Saya mahu bersama orang yang mementingkan kesempurnaan. Inilah saya," cerita Isaacson.
- Isaacson berkata, Jobs mungkin mengemukakan idea komputer Macintosh, iPod, iPhone, iPad semasa kerjayanya yang pintar  tetapi beliau bukannya seorang pengurus yang terhebat dunia.

" Secara faktanya, beliau (Jobs) mungkin merupakan salah seorang pengurus yang paling teruk," katanya.




: Kosmo! selasa 25 Oktober :






* mungkin beliau STRESS sgt kottt :P 
tuh yang terKEJAM sikit tuh *




p/s : bila lahh aku nak guna iPad eh ? Apple .. 
hmmm .. makan buah apple mampu lerrr T_T 

Sunday, October 23, 2011

:: Kelas Yoga Untuk Anjing ?? ::

Assalamualaikum .. 

Alhamdulillah .. da kenyang makan laksa .. da bedal cendol jugak tadi .. mcm bese .. jejari aku bersenam lahhh di atas keyboard neh .. :P

bace paper kosmo ! hari neh Isnin 24 Oktober 2011 .. aku tertarik n terpanggil utk buat entry pasal satu artikel neh bagitau .. yang anjing pon joint kelas yoga .. mak aihhhh ! -_- ... hebat anjing sekarang nehh .. jage kesihatan tuhhh :) 

cerita nye macam neh .. kelas yoga untuk anjing neh diperkenalkan di Hong Kong oleh pengajar tarian daripada Afrika Selatan .. yoga ini hanya untuk anjing peliharaan .. ooooo :P

kelas tuh pulak mula dibuka setahun yang lalu dan Ackermann mengendalikan sesi tersebut bersama dengan seekor anjing peliharaannya , Snowball yang berusia 7 tahun . 
* anjing tuh pon sesama jadi cikgu YOGA lahh .. eh ? silap silap .. cikgu DOGA :P *

gabungan dog + yoga = DOGA .. HAHA .. * kreatif :D *


cuba korang tengok gambar kat bawah neh 
:
:
:
V

cerdik cerdik .. 










last last .. begini lahh jadi nye anjing anjing yang da terbese BERDOGA nehh :P

:
:
:
V





HAHAHAHAHA ... buruk bebenor ! :P 


p/s : kalau lembu beryoga macam mane eh rupe depa ? 
-_-" 

:: Doktor Kejam Bunuh Pesakit Dan Jual Organ Mereka ::

Assalamualaikum .. 

hai korang lagi sekali aku update entry baru .. saje nak share citer HOT neh .. takde lahh hot pasal artis artis.. TAPI hot pasal DOKTOR KEJAM ! 

terbaca kat paper tadi .. 
di Rio De Janeiro - 3 doktor di dapati bersalah membunuh 4 pesakit dengan mengeluarkan organ mereka yang kemudian digunakan dalam beberapa pembedahan pemindahan organ di sebuah klinik swasta untuk golongan elit .Mereka yg kejam itu adalah Dr.Rui Sacramento , Dr.Pedro Torrecillas , Dr.Mariano Fiore.

Sacramento dan Torrecillas didakwa melakukan pembunuhan kerana mengeluarkan kedua2 ginjal beberapa pesakit dan menyediakan organ tersebut utk dipindahkan.

Fiore yg merupakan seorang pakar bedah saraf pula didakwa bersama seorang rakannya kerana tersilap mengisytiharkan beberapa pesakit mengalami mati otak dan meluluskan pengeluaran organ pesakit.

Sacramento apabila hukuman dibacakan pada khamis lalu manakala anggota keluarga mangsa-mangsa kes tersebut saling berpelukan selepas keputusan mahkamah akhirnye memihak kepada mereka.

Kes itu disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai amat rumit kerana mengambil masa selama 25 tahun sebelum penghakiman dapat dibuat.

Pendakwa Raya negeri Sao Paulo, Marcio Friggi de Carvalho memberitahu, kes itu timbul pada 16 Disember 1986 apabila ketua sekolah perubatan Universiti Taubate menyedari sebuah hospital gabungannya melakukan beberapa pemindahan ginjal tanpa pengetahuannya.

Kalume kemudian memeriksa rekod berkaitan pembedahan pembedahan tersebut dan menemui unsur unsur mencurigakan.

Beliau seterusnya melakukan siasatan terhadap pasukan doktor berkenaan dan menyerahkan bukti yang ditemui kepada Majlis Perubatan Persekutuan iaitu agensi yang memantau dan mengeluarkan lesen amalan perubata kepada doktor doktor perubatan di Brazil, kata Carvalho.

Kes tersebut katanya diambil alih pihak polis sehingga membawa kepada penangkapan keempat empat doktor berkenaan.

" Mereka membedah pesakit, mengeluarkan ginjal mereka dan menghantarnya," kata Carvalho.

Hakim Negeri Sao Paulo, Marco Montemor menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 6 bulan masing masing terhadap ke empat empat pesalah tersebut .


: KOSMO ! AHAD 23 OKTOBER 2011


p/s : makin lama makin pelik manusia zaman sekarang neh ... doktor pon ade yg mcm tuh ... astaghfirullahalazim -_-