tan tin tan tin

tan tin tan tin
Setiap Cerita ..Setiap Coretan .. Setiap Idea .. Setiap Luahan .. Setiap Lontaran .. Setiap Ilmu .. Setiap Maklumat .. Kita Berkongsi Bersama Di Sini :D

Monday, October 24, 2011

:: Steve Jobs Boleh Bertukar Menjadi Kejam ::

Assalamualaikum ... 

Alhamdulillah .. aku masih diizinkan lagi untuk mengodek godek blog ringkas aku .. 
kali neh nak citer pasal ape eh ?
okeh ! cter neh mungkin dapat menarik perhatian penggemar iPhone iPad atau sng citer gadget paling popular keluaran APPLE lahh kan ..

dalam tajuk atas tuh .. kate nye Steve Jobs akan berubah menjadi kejam ? pehal pulak kan ? 

neh citernye :)

Pengasas bersama firma Apple Corp. mendiang steve jobs boleh bertukar menjadi kejam, menjengkelkan dan bersikap acuh tak acuh terhadap rakan sekerja dalam usahanya memburu kesempurnaan.
kata penulis biografinya, Walter Isaacson.

" Beliau bukan seorang yang peramah dan mesra," kata Isaacson dalam satu wawancara dalam program temu bual bicara terbitan stesen televisyen CBS 60 Minutes.

Buku biografi itu yang berjudul Steve Jobs karya Isaacson itu mula dijual di kedai kedai buku di AS semalam.
" Beliau ialah seorang yang amat perengus," kata Isaacson ketika bercerita tentang Jobs yang meninggal dunia ketika berusia 56 tahun pada 5 oktober lalu akibat komplikasi penyakit kanser yang dihidapinya.

" Dia boleh bersikap kejam terhadap orang lain," ujarnya.
" Sama ada kepada seorang pelayan di restoran atau pekerja yang berjaga sepanjang malam untuk menyelesaikan tugasnya, Jobs akan pergi kepada mereka dan berkata, semua yang anda lakukan silap. Kerja anda teruk sekali.Dan anda pula berkata mengapa awak berkelakuan sebegitu, mengapa awak tidak boleh bersikap lebih baik? Dan dia (Jobs) memberitahu : " Saya mahu bersama orang yang mementingkan kesempurnaan. Inilah saya," cerita Isaacson.
- Isaacson berkata, Jobs mungkin mengemukakan idea komputer Macintosh, iPod, iPhone, iPad semasa kerjayanya yang pintar  tetapi beliau bukannya seorang pengurus yang terhebat dunia.

" Secara faktanya, beliau (Jobs) mungkin merupakan salah seorang pengurus yang paling teruk," katanya.




: Kosmo! selasa 25 Oktober :






* mungkin beliau STRESS sgt kottt :P 
tuh yang terKEJAM sikit tuh *




p/s : bila lahh aku nak guna iPad eh ? Apple .. 
hmmm .. makan buah apple mampu lerrr T_T 

No comments:

Post a Comment