tan tin tan tin

tan tin tan tin
Setiap Cerita ..Setiap Coretan .. Setiap Idea .. Setiap Luahan .. Setiap Lontaran .. Setiap Ilmu .. Setiap Maklumat .. Kita Berkongsi Bersama Di Sini :D

Sunday, October 23, 2011

:: Doktor Kejam Bunuh Pesakit Dan Jual Organ Mereka ::

Assalamualaikum .. 

hai korang lagi sekali aku update entry baru .. saje nak share citer HOT neh .. takde lahh hot pasal artis artis.. TAPI hot pasal DOKTOR KEJAM ! 

terbaca kat paper tadi .. 
di Rio De Janeiro - 3 doktor di dapati bersalah membunuh 4 pesakit dengan mengeluarkan organ mereka yang kemudian digunakan dalam beberapa pembedahan pemindahan organ di sebuah klinik swasta untuk golongan elit .Mereka yg kejam itu adalah Dr.Rui Sacramento , Dr.Pedro Torrecillas , Dr.Mariano Fiore.

Sacramento dan Torrecillas didakwa melakukan pembunuhan kerana mengeluarkan kedua2 ginjal beberapa pesakit dan menyediakan organ tersebut utk dipindahkan.

Fiore yg merupakan seorang pakar bedah saraf pula didakwa bersama seorang rakannya kerana tersilap mengisytiharkan beberapa pesakit mengalami mati otak dan meluluskan pengeluaran organ pesakit.

Sacramento apabila hukuman dibacakan pada khamis lalu manakala anggota keluarga mangsa-mangsa kes tersebut saling berpelukan selepas keputusan mahkamah akhirnye memihak kepada mereka.

Kes itu disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai amat rumit kerana mengambil masa selama 25 tahun sebelum penghakiman dapat dibuat.

Pendakwa Raya negeri Sao Paulo, Marcio Friggi de Carvalho memberitahu, kes itu timbul pada 16 Disember 1986 apabila ketua sekolah perubatan Universiti Taubate menyedari sebuah hospital gabungannya melakukan beberapa pemindahan ginjal tanpa pengetahuannya.

Kalume kemudian memeriksa rekod berkaitan pembedahan pembedahan tersebut dan menemui unsur unsur mencurigakan.

Beliau seterusnya melakukan siasatan terhadap pasukan doktor berkenaan dan menyerahkan bukti yang ditemui kepada Majlis Perubatan Persekutuan iaitu agensi yang memantau dan mengeluarkan lesen amalan perubata kepada doktor doktor perubatan di Brazil, kata Carvalho.

Kes tersebut katanya diambil alih pihak polis sehingga membawa kepada penangkapan keempat empat doktor berkenaan.

" Mereka membedah pesakit, mengeluarkan ginjal mereka dan menghantarnya," kata Carvalho.

Hakim Negeri Sao Paulo, Marco Montemor menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 6 bulan masing masing terhadap ke empat empat pesalah tersebut .


: KOSMO ! AHAD 23 OKTOBER 2011


p/s : makin lama makin pelik manusia zaman sekarang neh ... doktor pon ade yg mcm tuh ... astaghfirullahalazim -_-



No comments:

Post a Comment